bersambung
case write-up ni benda yang leceh bagi semua student medic. jadi harap dengan adanya blog ni keje korang suma bleh jadi lebih senang dan jitu. kalau sapa2 ada case write-up yang nak di kongsi sila email kepada saya. case write-up dan ppt yang ada kat sini mungkin tak berapa bagus jadi edit la sendiri bagi nampak bagus..haha
Tuesday, April 26, 2011
Kejadian Rumah Sewa 3
"Jemputlah masuk Kak Nora, maaflah bersepah sikit maklumlah baru pindah", pelawa Ramli yang semakin galak berkata-kata. Kak Nora merebahkan punggungnya di atas kerusi merah di ruang legar rumah itu. Sebenarnya ada 1 set meja makan beserta 4 kerusi tetapi tinggal 1 sahaja kerusi di ruang itu kerana masing-masing meletakkan kerusi tersebut ke dalam bilik bagi tujuan mengulangkaji pelajaran. Luqman, Zam dan Ramli hanya berdiri di sekeliling meja makan yang berbentuk bulat itu sementara Kak Nora duduk memerhatikan keadaan rumah mereka. "Ini dia duit deposit rm660 yang korang tak sempat ambil hari tu", Kak Nora memulakan bicara. "Oh sebenarnya kami sudah lupakan pasal hal hari tu Kak, tapi dah Akak nak bagi juga kami terima je", balas Zam diselangi dengan senyuman. Sedang Zam menghulurkan tangan untuk mengambil wang itu dari Kak Nora tiba-tiba Kak Nora memegang pergelangan tangan Zam dengan erat. Mereka bertiga terperanjat dan Zam cuba melepaskan tangannya dari gengaman Kak Nora namun gagal. Suara Kak Nora yang lemah lembut tadi bertukar serak. Bunyi seakan-akan dengusan kerbau jantan yang kena sembelih diselang-seli dengan beberapa perkataan yang tidak dapat difahami keluar dari mulut Kak Nora. Tangan Kak Nora yang tadinya gebu bertukar menjadi kering, bersisik dan berbau busuk. "Allahuakhbar!", Luqman melaungkan takbir sekuat hatinya yang sedang gementar. Kak Nora bagaikan bertindak balas dengan laungan takbir itu dan mula menjerit kesakitan. Zam lantas menyentap tangannya lalu terhempas ke dinding dan jatuh terduduk. Dalam sekelip mata Kak Nora ghaib dari kerusi merah namun jeritan kuat itu masih berterusan beberapa saat kemudian dan diselangi hilai tawa yang menyeramkan selama beberapa ketika kemudian. Mereka bertiga kaku dan pucat sampai ke hujung kaki. Masing-masing tergamam dan terdiam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment