bersambung
case write-up ni benda yang leceh bagi semua student medic. jadi harap dengan adanya blog ni keje korang suma bleh jadi lebih senang dan jitu. kalau sapa2 ada case write-up yang nak di kongsi sila email kepada saya. case write-up dan ppt yang ada kat sini mungkin tak berapa bagus jadi edit la sendiri bagi nampak bagus..haha
Tuesday, April 26, 2011
Kejadian Rumah Sewa 3
"Jemputlah masuk Kak Nora, maaflah bersepah sikit maklumlah baru pindah", pelawa Ramli yang semakin galak berkata-kata. Kak Nora merebahkan punggungnya di atas kerusi merah di ruang legar rumah itu. Sebenarnya ada 1 set meja makan beserta 4 kerusi tetapi tinggal 1 sahaja kerusi di ruang itu kerana masing-masing meletakkan kerusi tersebut ke dalam bilik bagi tujuan mengulangkaji pelajaran. Luqman, Zam dan Ramli hanya berdiri di sekeliling meja makan yang berbentuk bulat itu sementara Kak Nora duduk memerhatikan keadaan rumah mereka. "Ini dia duit deposit rm660 yang korang tak sempat ambil hari tu", Kak Nora memulakan bicara. "Oh sebenarnya kami sudah lupakan pasal hal hari tu Kak, tapi dah Akak nak bagi juga kami terima je", balas Zam diselangi dengan senyuman. Sedang Zam menghulurkan tangan untuk mengambil wang itu dari Kak Nora tiba-tiba Kak Nora memegang pergelangan tangan Zam dengan erat. Mereka bertiga terperanjat dan Zam cuba melepaskan tangannya dari gengaman Kak Nora namun gagal. Suara Kak Nora yang lemah lembut tadi bertukar serak. Bunyi seakan-akan dengusan kerbau jantan yang kena sembelih diselang-seli dengan beberapa perkataan yang tidak dapat difahami keluar dari mulut Kak Nora. Tangan Kak Nora yang tadinya gebu bertukar menjadi kering, bersisik dan berbau busuk. "Allahuakhbar!", Luqman melaungkan takbir sekuat hatinya yang sedang gementar. Kak Nora bagaikan bertindak balas dengan laungan takbir itu dan mula menjerit kesakitan. Zam lantas menyentap tangannya lalu terhempas ke dinding dan jatuh terduduk. Dalam sekelip mata Kak Nora ghaib dari kerusi merah namun jeritan kuat itu masih berterusan beberapa saat kemudian dan diselangi hilai tawa yang menyeramkan selama beberapa ketika kemudian. Mereka bertiga kaku dan pucat sampai ke hujung kaki. Masing-masing tergamam dan terdiam.
Sunday, April 24, 2011
Kejadian Rumah Sewa 2
Mereka memang jarang membuka suis lampu di luar rumah kerana mahu menjimatkan penggunaan elektrik. Cuma kadang kala Ramli ada juga membuka lampu luar itu, katanya itu sebagai petanda yang mereka ada di dalam rumah jadi tidak akan ada pencuri yang berani masuk. Lagipun mereka sekarang tinggal di kawasan perumahan cina, tambah Ramli. Zam dan Luqman memang sudah kenal sangat dengan sikap Ramli yang agak penakut dan cepat panik itu. Bagi Zam bukannya menjadi masalah memasang lampu luar pada waktu malam tetapi tidak ada siapa yang mahu tutup lampu tersebut bila dah menjelang siang kerana mereka bertiga sering bangun lambat dan ponteng kelas.Sambil Zam cuba membuka kunci pintu grill tersebut,dalam kesamaran malam mereka bertiga memerhatikan wajah perempuan yang berbaju T-shirt kuning dan berseluar jeans yang agak ketat itu dari celahan pintu grill rumah mereka yang bermotifkan rekaan pagar orang cina.Ada perkataan cina pada pintu tersebut tetapi tidak pula mereka tahu apa maksud perkataan tersebut malah tidak pula mereka peduli. " Sorry Kak Nora lambat sikit, masuklah dulu", pelawa Zam dengan penuh mesra dan dalam masa yang sama baru dia terfikir "kenapa la aku ajak dia masuk, kan dah malam ni, lagipun dia perempuan". Ramli dan Luqman menjeling Zam dengan perasaan curiga dan tidak puas hati. "Terima kasih dik tapi takpe, akak berdiri di sini saja", jawab Kak Nora. Dengan perasaan lega Zam dan Luqman mengangguk manakala Ramli pula bersembunyi di belakang Luqman tetapi disebabkan tubuh Ramli yang agak gempal, punggungnya yang berisi itu jelas kelihatan. "Sebenarnya akak datang ni sebab nak pulangkan deposit rumah korang dan akak juga nak mintak maaf pasal kejadian tempoh hari", sambung Kak Nora sambil memandang ke lantai, mungkin kerana masih rasa bersalah dengan kejadian di rumah sewa sebelum ini. " Wow! cantik pula aku tengok Kak Nora malam ni"; Zam bermonolog sendirian. Dalam waktu yang sama dia berfikir adakah Luqman dan Ramli juga perasaan akan kecantikan bekas tuan rumah mereka itu. Wajah Kak Nora yang dulunya kusam, berjeragat serta terdapat kesan-kesan inflamasi akibat pengunaan produk yang menghakis lapisan kulit kini menjadi begitu putih dan gebu. " tak elok berdiri di luar malam-malam ni Kak Nora, marilah masuk dulu", Ramli mencelah menyebabkan Zam sedikit tergamam dan fikirnya "Dah mula dah Ramli ni, memang pantang melihat janda cantik, tadi bukan main menyorok. Dia sudah lupa ke peristiwa sebelum ini yang menimpanya?". "erk! tak ape la dik, Akak kat sini saja", balas Kak Nora dengan serba salah. "tak boleh kak, lagipun malam ni macam nak hujan je, masuklah dulu", balas Ramli yang begitu beria-ia mengajak Kak Nora. Kak Nora memandang ke langit. Memang seperti cuaca mahu hujan. Bintang-bintang yang bertaburan menjelang waktu Isyak tadi sudah tidak kelihatan lagi. Yang tinggal hanya samar-samar cahaya bulan yang semakin dilitupi awan hitam yang berarak pantas dan semakin menebal serta semakin berat. Kak Nora tersenyum dan menjawab "baiklah, akak masuk". Zam seakan terganggu dengan senyuman Kak Nora tadi. Baginya senyuman itu bagaikan ada maksud tertentu.
bersambung....
Saturday, April 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)