Wednesday, May 4, 2011

Kejadian Rumah Sewa 5

2 minggu sebelumnya

"Ramli, kau tak patut buat macam ni, tolonglah hentikan", kata Luqman sambil memandang tepat ke mata Ramli bagaikan pasangan bercinta walaupun mereka bukannya 'gay'. " Maaflah, aku tak tau macam mana nak bagitau korang pasal ni, sebenarnya dah lama dah Kak Nora jadi macam tu", balas Ramli mengalih pandanganya ke kaki meja di ruang tamu itu. "Sudah berapa lama?", tanya Zam. " Dua bulan lepas", jawab Ramli ringkas. Petang itu Ramli menerangkan segalanya tentang perubahan yang berlaku pada Kak Nora kepada Zam dan Luqman. Bermula dua bulan yang lepas Ramli sering menerima khidmat pesanan ringkas(sms) dari Kak Nora. Mulanya menanyakan keadaan rumah dan Ramli tidak pula mengesyaki apa-apa sebab baginya itu adalah perkara biasa seorang tuan rumah menanyakan keadaan rumah kepada penyewanya. Tambahan pula Ramli adalah ketua rumah mereka bertiga. Namun, semakin hari semakin kerap Kak Nora menghantar sms kepada Ramli dan sms-sms itu sudah tidak begitu formal seperti sebelumnya. Kadang-kadang sampai perkara yang sensitif pun ditulisnya. Salah satu sms yang ditunjukkan Ramli kepada rakan-rakan serumahnya, " panas la hari ni.. akak pakai tube je ni". Ramli mulanya tidak melayan tetapi akhirnya dia kalah dengan nafsu sendiri. Selama ini pun dia memang suka perempuan yang lebih tua dari umurnya. Bagi Ramli umur adalah perkara kecik yang penting bagi seseorang perempuan itu adalah bentuk badan yang 'sexy'. Hubungan Ramli dan Kak Nora menjadi semakin erat tanpa diketahui sesiapa termasuklah suami Kak Nora.

bersambung..

Tuesday, May 3, 2011

Kejadian Rumah Sewa 4

"Haaaah!", jerit Zam yang tersentak dari kamar tidurnya. Peluh di dahinya dilap dengan selimut pink yang jarang-jarang sekali dibasuh itu. Dia tidak henti-henti beristighfar sambil mengusap-usap dada dan cuba memplotkan kembali kisah mimpinya tadi. Semakin diingat, semakin dia tidak tenteram. Dilapnya sekali lagi putik-putik peluh di dahi, pipi, belakang cuping telinga serta di lehernya yang tercetak satu tanda sejak dia lahir lagi. Dalam keadaan fikirannya yang masih ceralu itu, Zam mendengar suatu bunyi seakan-akan ada orang sedang mengetuk atap zink dengan benda keras. " Ada orang menukang lagi ke pukul 3 pagi ni?", fikirnya sendiri sambil melihat jam di skrin telefon bimbitnya. Dihayatinya bunyi itu dengan teliti, "Oh! bunyi degupan jantung aku rupanya", Zam bermonolog dengan sedikit perasaan lega. Dengan bantuan cahaya lampu jalan yang menyelinap masuk dari tingkap kaca biliknya Zam bangun dari katilnya dan  mengambil botol air di atas meja tulis. Kehausan, mungkin kerana banyak berpeluh. Air dalam botol itu tinggal tidak sampai suku botol lagi, Zam meneguknya sampai habis. Masih terasa haus tapi Zam merasa malas untuk keluar mengisi semula air di dapur.  Selepas itu dia kembali berbaring untuk meneruskan tidurnya. Namun, kejadian dalam mimpi tadi membantutkan hajatnya itu. Masih terngiang-ngiang jeritan hantu Kak Nora dalam kepalanya. Bulu romanya meremang. Tidak dapat tidak, kejadian di rumah sewa Kak Nora kembali fikirannya menghantuinya.

bersambung...