Saturday, April 23, 2011

Kejadian Rumah Sewa

"Kreekk", bunyi pintu pagar rumah teres setingkat yang didiami Zam, Luqman dan Rusli dibuka. "Eh siapa yang datang malam-malam macam ini, baru nak study", rungut Zam sendirian. Zam tinggal di bilik depan, jadi kalau ada sesiapa datang, dialah yang kene buka pintu. Sebenarnya Zam, Luqman dan Rusli baru sahaja berpindah ke rumah itu. Mereka adalah penuntut di sebuah university swasta di pekan koboi itu. Sebelum ini mereka menyewa sebuah rumah yang agak berdekatan dengan campus dan rumah rakan-rakan yang lain. Namun mereka mengambil keputusan meninggalkan rumah sewa yang lama kerana tidak tahan dengan karenah tuan rumah yang sangat suka datang memeriksa keadaan rumah mereka. Bagi mereka, privasi mereka tergangu, maklumlah tuan rumah itu janda dan sesuka hati sahaja datang ke rumah orang bujang tanpa memberitahu dahulu.Itulah alasan yang mereka berikah jika ada sesiapa yang bertanyakan sebab mereka pindah ke rumah sewa yang agak jauh dari campus. Zam bangun dari katilnya dan cuba mencari kunci rumah di dalam rak bukunya. Selalunya di situlah dia meletakkan kunci rumah bersama-sama beg duit, kunci kereta, jam tangan, makanan tambahan, cotton bud, kad pelajar dan semestinya buku-buku pelajarannya. Pendek kata, semua benda keperluan sehariannya ada pada rak buku itu termasuklah pakaian. "Assalamualaikum", kedengaran suara perempuan muda memberi salam."Waalaikumussalam", jawab Zam yang agak kehairanan, " Eh! itukan suara bekas tuan rumah, kenapa dia datang malam-malam ni?kenapa dia buka pintu pagar rumah dulu sebelum beri salam? dan macam mana dia tau lokasi rumah baru kami?", pelbagai persoalan datang dalam fikirannya. Selepas membelek-belek baju di lantai bilik akhirnya Zam menemui kunci rumahnya. Dalam perjalanan ke pintu utama Zam memanggil Luqman dan Rusli " Man, Li  Kak Nora datang ni". Luqman dan Rusli keluar dari bilik masing-masing dengan muka kehairanan.Tetapi Rusli kelihatan lebih gementar. "Eh! bukan ke Kak Nora....", belum sempat Luqman menghabiskan ayatnya Rusli terus menyampuk " Diam!, boleh tak kau jangan cakap pasal tu lagi?". Mereka bertiga pun diam dan menuju ke pintu utama. Zam menarik pintu pertama kerana mereka memang tidak pernah kunci pintu itu dan kunci pintu tersebut pun tidak diberikan oleh tuan rumah baru semasa mereka mula-mula berpindah. Kelihatan sebatang tubuh berdiri tegak di halaman rumah. 

Bersambung....

No comments:

Post a Comment